Satu Pelajaran...
Fatamorgana,
Pelajaran buat semua. Kekalahan di Gema Puisi Artistik 2006 telah saya jangkakan sebaik kamu semua selesai persembahan. Sebab utama kita tidak mungkin dapat tempat pertama, - Millenia Institute memberi persembahan yang mantap dan berkesan.
Sebab utama kita terus tidak boleh mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga - Etika pelakon yang biadap.
Saya kesal perkara berkaitan etika ini berlaku. Tidak sepatutnya berlaku tetapi telah pun berlaku. Sekiranya saya sendiri menjadi pengadil, saya akan terus memangkah West Spring. - Biadap. Harap semua mendapat iktibar daripada sudut etika ini. Dan kepada orang perseorangan itu, harap menjadi lebih dewasa. Perbuatan yang bodoh, menunjukkan awak tidak menggunakan akal yang diberikan. Hanya memalukan diri sendiri, memalukan saya, memalukan pelakon-pelakon lain dan memalukan nama sekolah.
Kelemahan dan kekurangan West Spring:
1) Tiada disiplin. Para pelakon sibuk menyanyi lagu2 dari APM walaupun persembahan akan mereka lakukan lagi 10 minit. Gosip tentang perkara-perkara yang tiada kaitan. Konsentrasi tiada.
2) Tiada fokus. Sepatutnya mereka tidak bercakap langsung dan masuk ke dalam watak. Tetapi saya tidak nampak perkara itu berlaku.
2) Terlalu yakin. Para pelakon fikir mereka sudah biasa membuat persembahan, maka 'warm up' sudah tak perlu lagi. Persembahan mereka tiada kesan langsung. Suara tak keluar, tak jelas. Hambar.
3) Walaupun skrip sudah 4 kali bertukar, sebenarnya saya yakin dengan skrip terakhir. Puas. Tetapi para pelakon seperti gagal menghayati skrip. Penghayatan untuk pembacaan sajak - tiada. Tidak memberi kesan langsung kepada saya sebagai penonton.
Kekuatan West Spring:
1) Kesinambungan muzik baik. Jelas.
2) Penataan cahaya lampu berkesan.
Namun ini sahaja tidak mencukupi. Persembahan tidak mampat dan berkesan. Justeru, kemenangan bukan milik kita.
Saya terima kita kalah kepada yang lebih baik. Cuma saya kesal, Fatamorgana tidak memberikan yang terbaik tetapi mempersendakan etika dan memperlekehkan disiplin pentas.
~MIS3...